ASSALAMUALAIKUM

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan." (al-Ahzab ayat 70-71).

Friday, January 14, 2011

ASAL MALAIKAT


Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang berarti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).Muslim wajib beriman kepada malaikat dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال). Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.
Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.
Iman kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim, Rasulullah bersabda: Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat Muslim)
Allah menciptakan malaikat kerana tugas malaikat adalah beribadah kepada Allah selain tugas-tugas yang diberikan kepada mereka.Pada hakikatnya, Allah mampu melakukan segala-galanya tetapi malaikat adalah suatu tanda kekuasaan Allah dimana hanya dengan izin Allah sahaja malaikat boleh menjalankan tugas yang diberi seperti menurunkan hujan, mencabut nyawa manusia dan sebagainya.

Allah mencipta malaikat bukan kerana Allah memerlukan pembantu tetapi sebagai contohnya seorang perdana menteri ingin berjumpa dengan orang bawahannya, Perdana Menteri itu boleh terus berjumpa tetapi ia menyuruh wakilnya berjumpa kerana statusnya sebagai seorang orang kenamaan dan begitu juga dengan Allah, boleh menurunkan hujan tanpa bantuan malaikat tetapi statusNya sebagai Maha Pencipta sekalian alam ini, Allah memberikan tugas kepada malaikat dan malaikat hanya menurunkan hujan hanya dengan kehendak atau izin Allah sahaja.
Penciptaan malaikat juga adalah menunjukkan suatu tanda kebesaran Allah yang tiada bandingannya.Malaikat dicipta daripada cahaya dan tidak ada seorang makhluk pun yang mampu melakukannya.Ini adalah tanda kebesaran Allah S.W.T


No comments:

Post a Comment