ASSALAMUALAIKUM

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan." (al-Ahzab ayat 70-71).

Wednesday, January 12, 2011

METOD DAKWAH

Definisi Dakwah
Dakwah bererti mengajak,menyeru atau membawa manusia kepada menyembah Allah dan menjauhi perkara yang ditegah dalam agama islam.
Dakwah merupakan satu bentuk jalan untuk menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara bijaksana.
Antara Sejarah Nabi

Melihat sejarah bagaimana dakwah Islam mampu tersebar dan disampaikan kepada umat manusia, kisah Nabi Musa a.s boleh dijadikan iktibar. Bagaimana baginda dianugerahkan oleh Allah dengan mukjizat tongkat adalah kerana pada zaman tersebut, kepakaran sihir adalah antara ciri kekuatan dan menjadi pelindung kepada kezaliman penguasa. Hakikat inilah yang memaparkan bahawa cara dan pendekatan dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran dan situasi semasa. Bertitik tolak daripada itulah, zaman teknologi maklumat tanpa batasan ini perlu diambilkira dalam aspek penyampaian risalah Allah.
Strategi Dakwah

Kepesatan pembangunan teknologi merupakan satu penjuru yang tidak harus dipinggirkan dalam memartabatkan dakwah agar pengajaran dan maklumatnya sampai kepada khalayak dengan cepat, tepat dan berkesan.
Kombinasi kedua- dua elemen iaitu sains dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Kehebatan teknologi yang wujud pada era sekarang harus dipandang sebagai satu kelebihan untuk dimanfaatkan bagi mereka yang bergelar teknodaei atau pendakwah pada zaman ICT
TEKNOLOGI DAN PENGARUHNYA

Teknologi sepatutnya hanyalah satu agen perubahan yang tidak dapat mengawal penentuan dan pemilihan seseorang individu untuk kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian.

"Kita seharusnya tahu bagaimana untuk mengawal dan menguasai teknologi dan bukannya teknologi mengawal kehidupan kita”

Dalam tradisi Islam, bukan sahaja fungsi teknologi itu yang menjadi fokus tetapi yang lebih diutamakan adalah maklumat yang terkandung di dalamnya yang mana ia boleh memberi kesan kepada pembentukan minda dan tabiat.

TEKNO-DAEI DISEBALIK IMPAK TEKNOLOGI
Arus teknologi yang berkembang cepat ini bukan sekadar memudahkan penyebaran maklumat tetapi boleh juga mengelirukan masyarakat.Teknologi maklumat tidak terhad kepada penggunaan komputer dan sistem multimedia, ia boleh juga menjurus kepada bidang perfileman dan lukisan animasi kartun sebagai satu daripada teknik penyampaian yang berkesan

Teknologi membuka ruang kepada penyebaran maklumat mengenai agama dengan lebih pantas dan berkesan. Namun, jumlah penyebaran maklumat yang banyak tidak dapat menjamin mutu kefahaman tentang agama







TEKNO-DAEI RELEVAN

Perlu ada dalam diri setiap pendakwah untuk mendekatkan diri dan mempelajari teknologi agar penyampaian dakwah lebih mudah difahami dan memberi impak yang besar kepada pengguna.
Ini membantu para tekno-daei supaya dapat mempertahankan Islam daripada diputar-belitkan menerusi teknologi di samping membantu mengelakkan umat Islam jauh ketinggalan dan terus dimanipulasikan .
Masyarakat kita amat terpengaruh dengan apa yang ditayangkan di media massa pada masa sekarang. Justeru, ia adalah satu peluang untuk para pendakwah teknologi menggunakan kepakaran dalam bidang masing- masing, memainkan peranan dan memikul tanggungjawab dakwah. Disinilah pentingnya ruang dan kepakaran itu dimanfaatkan bagi menakluki hati masyarakat agar terpaut dengan ajaran Islam yang sarat dengan nilai murni.






Batasan Dakwah Teknologi

Namun begitu, dalam membicarakan tentang kecanggihan dan kepesatan teknologi khususnya ICT, ia tidak dapat menjamin bahawa sesuatu dakwah Islam itu dapat difahami dan mengakar ke setiap jiwa manusia.

kefahaman seseorang individu terhadap sesuatu ilmu itu bukan terletak pada kehebatan teknologi tetapi terletak kepada mutu kandungan ilmu tersebut dan penyampaiain oleh penyampai.

Oleh itu, teknologi sekadar membantu teknodaei dan menjadi salah satu strategi  memudahkan kefahaman Islam itu disampai dan disebarluaskan.






KESIMPULAN

Strategi dakwah menggunakan sains dan teknologi perlu di titik beratkan sesuai dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini. Justeru para pendakwah harus mempunyai kepakaran dalam menggunakan teknologi dalam menyampaikan seruan Allah s.w.t

11. Strategi Dakwah Masa Kini
Berdasarkan asas-asas dalam teori strategi dakwah dan sejarah pelaksanaannya oleh para rasul, jelaskan aplikasinya dalam dakwah hari ini.
Asas teorinya;
  1. Mengenalpasti realiti kumpulan sasar masa kini.
  2. Mengenalpasti matlamat dakwah masa kini.
  3. Perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam strategi dakwah masa kini.
Ia seperti;
  1. Perancangan masa,
  2. Pemilihan tajuk,
  3. Pemilihan uslub,
  4. Penggunaan tarikan,
  5. Pemilihan media,
  6. Lain-lain.
  7.  
  8. (Realiti orang Islam masa kini).
  9. (Matlamat dakwah masa kini).
  10. Penyusunan strategi, antaranya;
            - merapatkan hubungan,
            - mengatur program tarikan (seperti faedah dan kerugian tanpanya),
            - mengatur program kepercayaan (karisma, kelebihan, kemahiran menyelesaikan masalah).
mengatur program pengisian (kesesuaian, kepentingan, keuntungan, kelebihan).




No comments:

Post a Comment