ASSALAMUALAIKUM

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan." (al-Ahzab ayat 70-71).

Friday, January 14, 2011

BIBLE IS NOT

njil tidak pernah mengatakan Tuhan itu Tiga?

Menjawab sedikit persoalan dari :
Sambungan soalan dari rakan Kristian
3) Pada nota kaki(footnote) di dalam A-Quran, terdapat penjelasan tentang Trinity. Penjelasan itu adalah salah iaitu orang Kristian mengatakan Tuhan itu Tiga. Injil tidak pernah mengatakan Tuhan itu Tiga. Orang Kristian yang berlandaskan Bible tidak mengatakan Tuhan itu Tiga tetapi Roman Katolik yang tidak berlandaskan Bible yang mengatakan Tuhan itu Tiga. Apa penjelasan awak tentang footnote yang simply written without true research?


Konsep Trinity ini adalah pegangan wajib buat orang kristian. Jika mereka menafikan konsep Trinity ini, maka tumbanglah ajaran umat kristian dengan akidah "God The Father, God The Son and Holy Ghost", peristiwa salib dan sebagainya.
Sila semak tulisan ust pendekar di sini berkenaan dengan Trinity:
APAKAH TRINITI ITU?
Untuk permulaan, minta rakan kristian anda menyatakan dengan jelas siapa Isa sebenar (melalui kefahaman rakan tersebut)? Jika dia bukan anak Tuhan, adakah dia seorang rasul? atau separuh manusia separuh tuhan dsb. Nyatakan sumber rujukan rakan anda itu. Pastikan rujukan itu adalah rujukan utama atau 'muktabar' umat kristian.
Mengikut kepercayaan orang Kristian samada Katolik atau protestant, sumber rujukan mereka ialah Bible dan tradisi Gereja (pandangan paderi, dsb). Jikalau katolik pada masa kini, mereka menerima fatwa Pope John Paul 11 di Vatican City, dan kalau protestant pula, menerima fatwa World Council of Churches di Geneva, Switzerland. Pandangan mereka ini adalah kata pemutus.
Setakat ini tidak ada kesepakatan 'muktabar' Kristian yang mengeluarkan kenyataan menolak Isa sebagai anak tuhan. Pandangan paderi ini amat penting kerana ia kadang-kadang boleh 'overule'. Sebagai contoh, kes Galileo telah dihukum murtad dan dibunuh kerana mengatakan bumi mengelilingi matahari. Sedangkan masa itu gereja mengatakan sebaliknya. Namun begitu Pope John Paul 11 (pada abad ini) telah membatalkan fatwa tersebut.
Isu Isa bukan 'anak tuhan' ini timbul apabila pendiayah agama Kristian (sebahagian besarnya golongan evangelical) telah melaksanakan program mereka di kalangan orang Islam, terutama di Indonesia dan Malaysia. Pendiayah yang menggunakan pendekatan yang diistilah sebagai mengikut 'contextualization' yang dipelopori oleh Koyama, seorang Jepun yang tinggal di Thailand di abad yang lalu, maka banyak istilah agama Islam telah digunapakai seperti Allah, Rasul, solat dan lain-lain.. Pada kita, inilah pendekatan "tujuan menghalalkan cara".
Apa yang patut dibuat sekarang? Seharusnya, pertama kita tanyakan soalan ini kepada Pope John Paul 11 dan kita rujuk kepada Bible. Erm... Tapi masalahnya terdapat berbagai jenis Bible, apakah kita nak gunakan Versi King James (yang dianggap 'muktabar'). Dari segi kandungan Bible pula ada yang dinamakan Canonical dan apocryphal. Mari kita rujuk kepada Bible "Good News Bible" (Bible yang diubah suai untuk remaja)

----- Good News Bible -----
'my father is working still, and I am working'
'I and the father are one'
'I am in the father and the Father in me'
(John 5:17:10:30;14:10,11)
Dalam Matthew 11:27 Isa bersabda,
"All things have been delivered to me by my father; and no one knows the Son except the Father, and no one knows the Father except the Son and any one to whom the Son chooses to reveal him"
Dalam John 3:16-17,
'For god loved the world so much that he gave his only Son, so that everyone who believe in him may not die but have eternal life. For God did not send his Son into the world to be its judge, but to be its saviour'
Walaubagaimanapun, sila bandingkan dengan ayat yang sama tetapi dari New World Translation of The Holy Scripture (1984),
'For God loved the world so much that he gave his only-begotten Son........John 3:16

----- End Good News Bible -----

Kalau kita lihat pula kepada asal usul keturunan Isa dalam Bible yang sama (God News Bible), terdapat perbezaan yang besar di antara Matthew dan Luke. Di dalam Matthew 1:6-16 terdapat 25 orang sebelum Joseph (suami Maryam, tidak pernah menyetubuhi Maryam) tetapi dalam Luke 3:23-31 terdapat 40 orang dan sungguh pelik... di akhir ayat ditambah lagi dengan perkataan 'the son of god'.
Inilah yang menjadikan kita bertanya samada umat Islam buat "footnote yang simply written without true research" atau Orang Kristian salah faham tentang ajaran Bible? Kerana di dalam Bible dari Old Testement hingga New Testement terutamanya synoptic Gospels (Matthew, Mark dan Luke), fahaman Isa anak tuhan tidak timbul lagi apatah lagi dalam Old Testement.

Benarkah al-Qur'an yang mengatakan Isa anak tuhan? Di dalam al-Qur'an diceritakan orang Nasrani memanggil Isa 'anak tuhan'. Tidak ada ayat al-Qur'an yang menyebut (yang bermaksud) Allah melahirkan Isa.
Pendiayah Kristian di negara-negara penduduk majoriti Islam mendapati al-Qur'an adalah 'senjata' yang mujarab menentang Kristian maka mereka bertungkus lumus untuk menawarkan anti body tersebut maka digunakan berbagai pendekatan sehingga hampir kepada 'penipuan'.

Untuk menuduh orang Islam "written without true research" atau orang Islam adalah pereka cerita, perlulah pihak berkuasa Kristian seperti Pope membuat pengisytiharan bahawa Isa Bukan Anak Tuhan terlebih dahulu. Bukan dengan dakwaan oleh rakan kristian atau mana-mana umat kristian yang tidak berasas.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" (Al-Baqarah, 2:120)

Semoga Allah sentiasa memelihara iman kita. Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment