ASSALAMUALAIKUM

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan." (al-Ahzab ayat 70-71).

Friday, January 14, 2011

Palestine will be FREE


www.alarabiya.net/articles/2009/01/08/63791.html
www.alarabiya.net%2Farticles%2F2009%2F01%2F08%2F63791.html&sl=ar&tl=id
Negara palestin sangat mengharapkan perdamaian.Hidup tanpa peperangan dan pembunuhan.Tindakan kanak-kanak yang ekstrem iaitu membaling batu kearah tentera yahudi di anggap satu perkara yang menjatuhkan maruah tentera yahudi.
Tanpa rasa perikemanusiaan, kanak-kanak kecil ini juga menjadi mangsa kekejaman pihak tentera Israel. Mereka di bom, di tempak dan juga di bunuh seperti binatang yang tidak berharga. Kanak-kanak menderita trauma psikologi akibat daripada perbuatan rejim Israel. Kini kanak-kanak Palestin semakin berani berdepan dengan tentera yahudi, dengan harapan dapat mengundurkan penguasaan dan kekejaman terhadap keluarga dan juga bumi Palestin.
Kanak-kanak kecil semaikn berani melakukan perkara luar biasa seperti membaling bom petrol, mereka sangat yakin bahawa tentera yahudi adalah satu kejahatan yang membinasakan tempat kediaman dan membunuh ahli keluarga mereka.
Orang pelestin yang tinggal di Jalur Gaza sangat marah kerana Israel bukan sahaja memerangi Hamas,tetapi mereka juga turut membunuh orang palestin. Atas sebab ini orang Palestin harus berjuang daripada terus di tindas dan di bunuh dengan sewenang-wenangnya.
Antara kesan serangan Israel, Ibu-ibu turut merasa trauma, seperti hidup di negeri asing. Ketakutan menggannggu ketenteraman hidup sesebuah keluarga. Di tambah lagi dengan gambar peristiwa yang berlaku sebelum ini. Para ibu sentiasa memegang erat anak-anak yang masih kecil. Tidak ada tempat yang selamat boleh di duduki dengan aman.


Para penduduk Palestin juga tidak mampu tidur nyenyak. Perasaan mereka sentiasa di buru oleh ketakutan. Tidak ada pihak yang mampu membantu rakyat palestin. Sekalipun satu dunia melaungkan slogan “Bebas Palestine”. Hidup dalam ketakutan, setiap hari kematian orang Palestine semakin meningkat. Namun pembelaan mahupun perdamaian belum termetrai.
Menurut sumber Palestine, Serangan di Jalur Gaza pada 27 bulan sebelum ini mengakibatkan lebih dari 700 orang orang meninggal, termasuk lebih 200 anak-anak , 100 ibu-ibu. Sementara itu,lebih 3000 cedera.
Menurut Doktor Mahmoud dari pusat perubatan,beliau mengatakan Kesan daripada perang Israel terhadap Palestine akan meninggalkan banyak efek,antaranya gejala psikologi, kesan pada insfrastruktur banguna, budaya perang dan kekerasan.
Sehubungan dengan itu, 68 peratus kanak-kanak di Palestine menderita disebabkan kejutan di Jalur Gaza. Rumah kediaman,masjid dan tempat perlindungan turut di musnahkan oleh bom-bom Yahudi.
Situasi yang berlaku menjadikan timbulnya budaya perang. Penganjur budaya perang ini ialah Israel. Pergerakan HAMAS berikrar untuk membalas dendam diatas pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza, terutamanya pembunuhan kanak-kanak yang tidak berdosa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Pergerakan itu di Khan Younis, selatan Gaza, mengatakan tersebut akan membayar harga yang cukup mahal kerana membunuh kanak-kanak Palestin dan akan menyesali diatas perbuatan dimana tertumpahnya darah mereka yang tidak berdosa ini.

Ia menyatakan pihak penceroboh Israel tidak peduli berkenaan undang-undang antarabangsa yang menggariskan jaminan keselamatan kepada kanak-kanak dan orang awam semasa tindakan ketenteraan. Pihak HAMAS menegaskan pencerobohan Israel diransangkan lagi oleh pihak Arab, negara-negara Islam dan antarabangsa yang membisu keatas jenayah yang dilakukan. Pergerakan itu akhirnya menyimpulkan pihak rejim Zionis dan mereka yang diam membisu bertanggungjawab sepenuhnya diatas jenayah yang dilakukan ini.

Perut wanita-wanita Islam dibelah dan bayi-bayi disembelih di tangan-tangan ibu-ibu mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa.  Kira-kira 250 orang dibunuh sebegini. 25 dari mereka adalah ibu-ibu hamil yang ditikam perut mereka dengan 'bayonet' ketika masih hidup. 52 orang kanak-kanak dikudungkan di hadapan ibu-ibu mereka, dan mereka kemudiannya dibunuh dan kepala mereka di kerat putus.  Agensi Yahudi dan komander Pasukan Darat British mengetahui tentang peristiwa ini ketika ia berlaku, tetapi, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menghentikanya.
  Ini hanyalah sebahagian daripada siri kekejaman rejim Zionis Israel ke atas Umat Islam Palestin. Sekiranya serangan-serangan ke atas Selatan Lebanon diambilkira, jenayah kekejaman Zionis ini akan lebih jelas lagi.  Sekiranya kita mengkaji secara terperinci tentang kekejaman pada 1948 dalam opersai 'sapu bersih', pemusnahan tempat-tempat suci Islam, perampokan askar-askar dan penduduk-penduduk Yahudi, mungkin kita dapat memahami apa itu Zionism sebenarnya.

No comments:

Post a Comment