ASSALAMUALAIKUM

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan." (al-Ahzab ayat 70-71).

Wednesday, January 12, 2011

SALAH FAHAM

Pendahuluan

Liberal bermaksud Bebas darisegi pemikiran dan perbuatan ,Bagi mereka,kebebasan berfikir bererti tidak percaya kepada Tuhan.

Pertikaian Di Antara Golongan gereja dan Ahli Sains

Berlaku pertikaian,dimana golongan gereja pada masa ini mengmbil kesempatan,dengan menaikkan cukai,mengambil tanah rakyat sewenang-wenangnya. Di samping itu gereja juga bertindak menindas kegiatan-kegiatan ilmiah, membakar dan menyiksa ahli-ahli sains, memaksakan kepercayaan yang karut dan dusta ke atas orangramai dengan nama percayaan yang diturun oleh Tuhan .
Apabila terdapat golongan yang berani mempertikaikan ketinggian gereja,maka golongan ahli gereja telah menyeksa ahli sains,membakar buku-buku ilmiah. Antara isu yang di bahaskan ialah posisi bumi.. gereja mengatakan bahawa bumi ini berbentuk dataran yang luas .Sains mengatakan bahawa bumi berbentuk bulat.. Aliran bertuhankan netural merupakan satu jalan keluar kepada kaum intelek Eropah untuk menyelamatkan diri mereka dan keadaan-keadaan yang menyulitkan.

Menganut Agama baru Atheisme
Atas desakan ini, para ahli sains mula meninggalkan agama yang mereka anuti kepada menganut agama baru isitu Athesme. Mereka tidak mahu mempunyai sebarang ikatan dengan pihak gereja.

  Tidak mempunyai gereja yang memperhambakan manusia
  T idak pula mengenakan mereka sebarang kewajipan cukai
  Bebas lepas dari segala ikatan

Sistem kepercayaan masyarakat pada masa itu semakin pudar.. Akhirnya melahirkan golongan FREE THINKER iaitu Liberal.

Inilah faktor-faktor yang melahirkan golongan free thinker yang tidak beriman kepada Tuhan dan mewujudkan garis pemisah kepada mereka di antara kepercayaan kepada Tuhan kepada hakikat-hakikat sains yang berdasarkan teori dan ujian-ujian .
Dalam Islam
Kita tidak terdapat masalah-masalah ketuhanan yang memeningkan akal fikiran. Tuhan yang di imani ialah Tuhan Yang Tunggal. Dialah satu-satunya Tuhan yang menjadikan seluruh alam ini. Dialah satu-satunya Tuhan yang menjadi sumber rujukan dan pergantungan seluruh makhluk dan sumber perintah-perintah yang harus ditaati. Satu sistem kepercayaan yang cukup mudah, jelas dan tidak mengelirukan siapa saja hinggakan kaum neceralis dan atheis juga sukar untuk mengingkarinya.
Di dalam Islam juga tidak terdapat sistem paderi-paderi seperti di Eropah. Agama di dalam Islam adalah milik semua orang. Setiap orang Islam berhak menimba faedah-faedah dan ajaran Islam mengikut kemampuan intelektual masing-masing . Nilaian tuhan tidak mengira ia seorang jurutera atau seorang guru atau seorang buruh atau seorang tukang kayu.
Sejarah dapat membuktikan bahawa di dalam masyarakat yang dikuasai Islam tidak pernah ada ahli-ahli sains yang dibakar atau disiksa kerana mengemukakan pendapat ilmiah yang baru. Kajian sains yang sebenar tidak bertentangan dengan kepercayaan Islam.

Kehendak Kaum free thinker
  Kebebasan mengkritik  agama.
  Menghina ajaran-ajaran agama lain.
  Mengajak orang ramai untuk membuang agama tanpa dipandang salah oleh undang negara.
  Membebaskan fikiran orang ramai Eropah dan belenggu kepercayaan-kepercayaan yang karut dan dan kezaliman dan penindasan gereja.

Dalam Islam                                
al-Quran sendiri begitu jelas dan tegas mengatakan bahwa di antara sifat-sifat yang harus ada pada pemerintahan Islam ialah bermesyuarat dan adil. Firman Allah,
                                                  “Semua urusan di antara mereka diputuskan dengan mesyuarat.”
                                                                                               
(Surah al-Syu’ara(38))



Memang benar adanya pemenintahan yang zalim yang menggunakan nama agama dan sehingga kini pemerintahan yang seperti itu masih wujud di setengah negeri. Tetapi bukan agama saja yang digunakan untuk melindungi pemerintahan yang zalim di dunia ini.Cth, Hitler tidak menggunakan agama dalam melaksanakan pemerintahan Nazi nya yang zalim.

KESIMPULAN
  Kita perlu bijak dalam menjawab tuduhan dan tohmahan golongan liberal yang sentiasa mencari akal untuk berhujah dengan umat Islam.
  Kemampuan dalam mencari jawapan  perlu di pandu oleh wahyu agar kita tidak tergelincir daripada landasan Islam.

No comments:

Post a Comment